Tukar perkataan Rumi ke Tulisan Jawi

Friday 13 March 2009

Perkara-perkara yang wajib dilatih supaya anak taat kepada Islam:-

  1. Anak-anak hendaklah diajarkan menyintai Allah s.w.t lebih dari segala-segalanya.Mereka hendaklah dilatih takut akan azab Allah s.w.t
  2. Anak-anak hendaklah diajar mengharapkan rahmat Allah s.w.t,sama sekali mereka tidak berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t
  3. Anak-anak hendaklah diajar bertawakal,menyerah diri semata-mata kepada Allah s.w.t
  4. Anak-anak hendaklah diajar menyintai Nabi Muhammad s.a.w
  5. Anak-anak hendaklah diajar sejak dari kecil lagi mempertahankan ke Islamannya
  6. Anak-anak hendaklah sentiasa digalakkan mencari ilmu selama ilmu itu tidak bertentangan dengan Islam
  7. Anak-anak hendaklah diajar membesarkan dan menghormati Al-Quran
  8. Anak-anak hendaklah diajar bersuci,iaitu mensucikan badan dari segala kotoran,baik yang merupakan hadas atau kotoran lainnya.
  9. Anak-anak hendaklah diajar mengerjakan solat
  10. Anak-anak hendaklah dilatih berpuasa sejak mereka kecil lagi,diajarkan perkara-perkara yang membatalkan puasa
  11. Anak-anak hendaklah dilatih untuk menyempurnakan janji terhadap orang lain
  12. Anak-anak hendaklah dilatih bersyukur apabila menerima segala nikmat Allah s.w.t
  13. Anak-anak hendaklah diajar memelihara lidah,jangan berdusta dan jangan mengeluarkan perkataan yang sia-sia dan kotor
  14. Anak-anak hendaklah diajar memelihara kehormatannya
  15. Anak-anak perlu diajar apabila dia diberikan amanat hendaklah disampaikan.
  16. Anak-anak hendaklah diberitahu supaya mereka memelihara diri dari makan minum yang haram
  17. Anak-anak hendaklah diajar supaya hidup sederhana dan jangan berlebih-lebihan dalam semua perkara
  18. Anak-anak hendaklah diajar supaya jangan berdendam dan berhasad dengki
  19. Anak-anak hendaklah diberitahu jangan mencela orang lain seperti mengejek dan mempersendakan orang lain
  20. Anak-anak hendaklah diajar saling tolong menolong dan berbuat baik dengan orang lain
  21. Anak-anak hendaklah diasuh supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa mereka
  22. Anak-anak hendaklah diajar bagaimana untuk mereka mempunyai budi pekerti yang baik
  23. Anak-anak hendaklah dilatih bagaimana untuk menghubungkan siraturrahim
  24. Anak-anak hendaklah diajar menjawab salam
  25. Anak-anak hendaklah digalakkan mengunjungi rakan-rakan atau saudara mara yang sedang sakit
  26. Anak-anak hendaklah diajar untuk memuliakan tetamu
  27. Anak-anak hendaklah diajar bersifat pemurah dan suka memberi sedekah
  28. Anak-anak hendaklah diasuh agar bersifat sabar dalam menghadapi sesuatu dugaan hidup
sumber:-Mendidik anak pintar cerdas bermula dari alam rahim..oleh Amina Hj.Noor

Tips untuk ibubapa

Wahai ibubapa yang dikasihi,anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai.Ada ketika kita tidak mampu untuk mengawal perasaan marah terhadap mereka.Berikut adalah beberapa tips untuk menenangkan perasaan marah yang datang secara tiba-tiba:-
  1. Jauhkan diri dari anak yang menimbulkan rasa marah itu apabila rasa tidak dapat mengawal perasaan
  2. Ambil wuduk(air sembahyang)
  3. Minum air masak atau apa-apa air yang sejuk
  4. Pergi ke belakang rumah atau mana-mana tempat yang sejuk dan nyaman
  5. Tarik nafas yang panjang dan selawat atau beristighfar hingga rasa marah itu berkurangan
  6. Membaca Al-Quran dan merenung akan maknanya
  7. Melakukan sembahyang
sumber:-Anak nakal kaedah mengatasinya oleh:-Maisarah Taufik
Backgrounds

Monday 23 February 2009

SEJARAH SEKOLAH SABTJB

emel sekolah:-

sekolahagamabandartiram@yahoo.com

atau sekolahagamabandartiramjohor@gmail.com

No.tel:- 07-8610387

Sekolah Agama Bandar Tiram pada asalnya mempunyai dua buah blok.Bangunan yang dibina pada tahun 1983 dan seterusnya dapat diguna pakai sebagai sekolah untuk anak-anak menimba ilmu pengetahuan pada tahun berikutnya.

Sekolah ini menjadi medan guru-guru mencurahkan ilmu pengetahuan dan murid-murid menimba ilmu pengetahuan agar pada satu masa nanti mereka akan menjadi insan yang berguna dan dapat berbakti bukan sahaja pada Negara,keluarga,agama malah diri sendiri.Mudah-mudahan usaha murni guru-guru sekolah ini akan membuahkan hasil yang lumayan pada suatu hari nanti dan seterusnya mendapat keberkatan dan keredaan Allah yang maha esa

Seterusnya pada tahun 2000.Sekolah Agama Bandar Tiram telah mendapat sebuah bangunan tambahan bagi menampung jumlah murid yang kian bertambah ramai dengan sebab bertambahnya pembinaan taman perumahan yang berhampiran.

Bangunan ini dibina pada awal bulan mei 2000 dan siap pembinaan sepenuhnya pada pertengahan Mei 2001.

Alhamdulillah kini bangunan tersebut telahpun digunakan dan banyak kemudahan yang dapat dilaksanakan dengan adanya bangunan baru ini.

Kemudahan yang disediakan pada bangunan baru ini ialah disediakan Bilik Sembahyang,Tandas murid lelaki dan murid perempuan serta stor menyimpan barang barang .

Selain daripada itu tersedia juga dewan bagi sesuatu acara khusus seperti sambutan Maulidur Rasul s.a.w ,Mesyuarat Agung ,majlis penyampaian hadiah pelajaran dan dewan peperiksaan akhir tahun

Majlis Guru-guru mengucapkan ribuan terima kasih pada Jabatan Pendidikan Agama yang memberikan kemudahan kepada kami dalam mendidik anak-anak bangsa agar mereka menjadi insan yang berguna dan berjaya

Bilangan Pelawat

SEKOLAH AGAMA BANDAR TIRAM,

JALAN SEKOLAH AGAMA,81800 ULU TIRAM JOHOR.

Tel : 07-8610387, Faks : 07-8610387,

Emel : sekolahagamabandartiram@yahoo.com atau

sekolahagamabandartiramjohor@gmail.com

Laman Blog : http://sekolahagamabandartiramjohor.blogspot.com

Paparan Terbaik Dengan Resolusi 1024 x 768

PENAFIAN : SEKOLAH AGAMA BANDAR TIRAM JOHOR

tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan

atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman blog ini.